14 Jun 2017 (Rabu) : Bertempat di Surau As-Syifa? Penjara Dusun Dato? Murad, telah diadakan Majlis Berbuka Puasa & Solat Sunat Terawih bagi kakitangan dan juga keluarga. Majlis tersebut telah diserikan lagi dengan kehadiran TKP Abdul Aziz Bin Mohamad selaku Pengarah Penjara Negeri Melaka, TKP Datuk Nor Afifi Bin Sulong selaku Pengarah Penjara Sungai Udang, Ketua-ketua Institusi dan jemputan-jemputan daripada institusi Penjara Negeri Melaka. Aturcara majlis dimulakan dengan bacaan tahlil ringkas, jamuan berbuka puasa, solat Maghrib, solat Isyak dan terawih serta jamuan moreh.
""