Pada 7 Ogos 2010 yang lalu telah berlangsung Festival Cipta Lagu Patriotik atau CIPTA 2010 bertempat di Dewan Cempakasari, Perbadanan Putrajaya. Pihak penganjur amat berbesar hati menerima kehadiran tetamu kehormat pada majlis tersebut iaitu Y.Bhg. Datuk Wira Abu Seman bin Yusop, Tiimbalan Menteri Dalam Negeri, Y.Bhg. Dato' Abdul Rahim bin Mohd Radzi, Timbalan Ketua Setiausaha Keselamatan, Kementerian Dalam Negeri, Y.Bhg. Komisioner Jeneral Penjara Datuk Wira Hj. Zulkifli bin Omar, Ketua Pengarah Penjara Malaysia dan Dato? Muhammad bin Muda, Naib Canselor Universiti Sains Islam Malaysia. Sebanyak 8 lagu dan lirik ciptaan penghuni penjara dan mahasiswa USIM dipertandingkan yang disampaikan oleh artis Jabatan Penjara, mahasiswa USIM serta penghuni penjara dengan diiringi oleh Orkestra Dewan Bandaraya Kuala Lumpur. Berikut adalah keputusan pertandingan festival yang telah dijalankan : Lagu Terbaik Johan : Warna-warna Ceria Komposer : Md.Shahril Kamarudin/Md.Nabil Abu Samah - Penghuni Penjara Kajang Naib Johan : Jiwa Berpadu Komposer: Siti Suhana Yusof - Mahasiswi USIM Ketiga : Tuah Bumi Ini Komposer : M.Sani Abu Yamin - Penghuni Penjara Kajang Lirik Terbaik 1. Lagu Tuah Bumi Ini Penulis Lirik : Nurul Saada Aziz - Mahasiswi USIM 2. Lagu Bunga Jiwa Bangsaku Penulis Lirik : Nurul Huda Ahmad - Penghuni Penjara Wanita Kajang 3. Lagu Selamat Datang Kemenangan Penulis Lirik : Abdul Razak Abdul Kari Penghuni Penjara Bentong Persembahan Terbaik Lagu Warna-Warna Ceria Penyanyi : Salizah Mohd/Mohd Azmi Abd Aziz - Kakitangan Jabatan Penjara Diharap penganjuran festival ini dapat menambah keberkesanan program pemulihan Jabatan Penjara melalui aktiviti seni sebagai terapi dengan kerjasama Universiti Sains Islam Malaysia. |