Pada 20 Jun 2017 bersamaan 25 Ramadan 1438H, Majlis Khatam Al-Quran dan Berbuka Puasa Peringkat Kakitangan dan Penghuni Pusat Koreksional Jasin telah diadakan di Surau Al-Hidayah di Blok Damai. Program turut diserikan dengan kehadiran PKP Arzaee Bin Abdullah Pengarah Pusat Koreksional Jasin, PKP Noratimah Binti Abu Bakar Tim. Pengarah Penjara Negeri Melaka, guru-guru agama daripada MAIM dan JAIM, Pengerusi Lembaga Pelawat serta kakitangan Pusat Koreksonal Jasin. Program dimulakan dengan majlis Khatam Al-Quran oleh penghuni dan diteruskan dengan majlis penyampaian sumbangan cenderahati kepada peserta khatam Al-Quran serta disusuli dengan penyampaian cenderahati penghargaan kepada guru-guru agama daripada MAIM dan JAIM. Program seterusnya diakhiri dengan majlis berbuka puasa dan solat Maghrib berjemaah.
""