| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta Laman Aduan & Maklum Balas Hubungi Kami Soalan Lazim

Majlis Iftar Jamaie Peringkat Penghuni Institusi Kompleks Penjara Seberang Perai 1438h Tahun 2017

Pada 20 Jun 2017 (Selasa) bertempat di Dewan Sukan Penghuni Kompleks Penjara Seberang Perai, Pulau Pinang serta di Perkarangan PPI Wanita telah berlangsungnya Majlis Iftar Jamaie Peringkat Penghuni Lelaki Dan Wanita. Majlis yang berlangsung pada jam 5.30 Petang dimulakan dengan bacaan ayat-ayat suci Al-Quran daripada Naib Johan Tilawah Al-Quran Peringkat Penjara Malaysia Tahun 2017. Majlis diteruskan dengan Majlis Khatam Al-Quran dan doa Majlis khatam Al-Quran  oleh para penghuni. PKK Husin bin Hj.Johari, Pengarah Kompleks Penjara Seberang Perai, Pulau Pinang diiringi PP Hj. Abd Zaini bin Ibrahim bersama barisan pegawai kanan serta Pengerusi Persiap Penjara Seberang Perai, Pulau Pinang Puan Wan Norliza bt. Pa?Wan Chik turut hadir bagi memeriahkan majlis.  Penghuni turut sama memasak bubur lambuk untuk diagihkan di Blok Penempatan Penghuni.


""