Pada 20 Jun 2017 (Selasa) bersamaan 25 Ramadhan 1438H, Unit Pemulihan dan Rawatan telah menganjurkan Majlis Berbuka Puasa Penghuni bersama Pengarah dan Kakitangan Penjara Pokok Sena yang diadakan di Surau Al-Munir yang melibatkan seramai 200 orang penghuni beragama Islam. Majlis ini diserikan lagi dengan kehadiran TKP Mohd Sabri Bin Yaacob, Pengarah Penjara Negeri Kedah. Aturcara majlis dimulakan dengan Majlis Khatam Al-Quran, bacaan Yaasin dan Tahlil serta penyampaian saguhati Tadarus Al-Quran.
""