Pada 19/06/2017 (Isnin) jam 6.00 petang bertempat di Surau Al-Syakirin, Pusat Pemulihan Akhlak Muar telah diadakan Majlis Berbuka Puasa Peringkat Orang Tahanan Pusat Pemulihan Akhlak Muar, Johor. Majlis dimulakan dengan ucapan aluan oleh Pengarah Pusat Pemulihan Akhlak Muar, PKP Mohd Shukri bin Harun. Pengisian program pada sebelah pagi dimulakan dengan pertandingan azan dan hafazan. Majlis ini disertai oleh seramai 84 orang tahanan muslim dan 20 Pegawai dan kakitangan Pusat Pemulihan Akhlak Muar, Johor.
""