Pada 19 Jun 2016 (Isnin) bersamaan 24 Ramadan 1438H, Program MalaysiaNgaji Satu Jam Bersama Al-Quran peringkat penghuni telah diadakan di Pusat Koreksional Jasin bertempat di surau Al-Hidayah Blok Damai Pusat Koreksional Jasin. Seramai 5 orang pegawai dan 85 penghuni turut terlibat bagi menjayakan program ini. Objektifnya adalah bertujuan untuk mengimarahkan dan mengisi aktiviti di bulan Ramadan dengan bacaan Al-Quran selaras dengan penurunan Al-Quran pada bulan Ramadan. Program ini juga dapat menjadikan pembacaan Al-Quran sebagai satu kebiasaan sehingga ia menjadi satu gaya hidup seorang muslim bagi menjadikan dirinya manusia yang berakhlak di mana jua.
""