Pada 16 Jun 2017 (Jumaat) jam 10.00 pagi, Majlis Penganugerahan Pingat Komisioner Jeneral Penjara dan Pingat Jasa Penjara Zon Sarawak Tahun 2017 telah berlangsung di Auditorium Sri Sarawak. Majlis tersebut telah disempurnakan oleh YBhg. KJP Dato? Sri Haji Zulkifli bin Omar, Komisioner Jeneral Penjara Malaysia. Turut hadir ialah YBhg. KP Dato? Hj. Abdul Aziz bin Abdul Razak, Pengarah Dasar Kepenjaraan, TKP Ajidin bin Haji Salleh, Pengarah Penjara Negeri Sarawak, Pengarah-Pengarah Institusi Penjara Sarawak serta Pegawai dan Kakitangan Kompleks Penjara Puncak Borneo. Seramai (19) orang pegawai dan kakitangan institusi Penjara Sarawak telah dianugerahkan pingat Komisioner Jeneral Penjara Malaysia dan Pingat Jasa Penjara dan (2) orang pegawai dari Pusat Latihan Polis DiRaja Malaysia PULAPOL Kuching, Sarawak telah dianugerahkan Sijil Penghargaan Jabatan Penjara Malaysia.
""