Pada 22 Jun 2017, Jabatan Penjara Malaysia telah menerima lawatan kerja oleh Tuan Terutama Azleen Ahmed, Menteri Dalam Negeri Republik Maldives. Ketibaan beliau telah disambut oleh Komisioner Jeneral Penjara, YBhg. Dato? Sri Zulkifli Bin Hj Omar bersama pegawai kanan jabatan. Tujuan lawatan adalah bagi mengukuhkan kerjasama koreksional antara kedua Negara. Delegasi turut melawat Penjara Kajang untuk melihat secara lebih mendalam berkaitan sistem kepenjaraan di Malaysia.
""