Pada 20.06.2017 (Selasa) Unit Pemulihan Penjara Tawau telah mengadakan Majlis Iftar Ramadhan Peringkat Penghuni Penjara Tawau dengan kerjasama Konsulat Republik Indonesia Cawangan Tawau, Sabah. Majlis Iftar Ramadhan 2017 telah dirasmikan oleh PKK Faisal Mohamed Noor, Pengarah Penjara Tawau dan melibatkan 100 orang penghuni termasuk 20 orang penghuni wanita. Antara pengisian sempena Majlis Iftar Ramadhan Peringkat Penghuni 2017 adalah seperti bacaan ayat-ayat suci al-Quran, ceramah agama dan Solat Maghrib secara berjemaah bersama Pengarah Penjara Tawau
""