Pada 20 Jun 2017 (Selasa) bersamaan 25 Ramadan 1438H, Majlis Khatam Al-Quran dan Berbuka Puasa Peringkat Penghuni Penjara Simpang Renggam, Johor. Program turut diserikan dengan kehadiran PKP Ramli Bin Osman Pengarah Penjara Simpang Renggam, PKP Azman Bin Mohd Ali Timbalan Pengarah, Ustaz. Dr. Haji Zamihan Bin Haji Mat Zin Bahagian Agama Ibu Pejabat Penjara Malaysia, Unit Rundingcara danUnit Agama. Program dimulakan dengan majlis Khatam Al-Quran oleh penghuni LLPK dan Banduan pada pukul 5.30 petang dan seterusnya oleh Tahanan POTA pada pukul 6.30 petang. Aturcara di teruskan lagi dengan majlis penyampaian sumbangan cenderahati kepada peserta khatam Al-Quran, berbuka puasa, solat Maghrib, solat Isyak berjemah dan seterusnya solat sunat Tarawih yang di imamkan Ustaz. Dr. Haji Zamihan Bin Haji Mat Zin dan di akhiri jamuan moreh.
""