Bertempat di perkarangan Masjid Sultan Muhammad V, Penjara Sungai Udang, Melaka pada 20.06.2017 (Selasa) telah diadakan Majlis Iftar Ramadhan Peringkat Institusi Penjara Sungai Udang, Melaka. Majlis tersebut telah dihadiri oleh Pengarah Penjara Negeri Melaka TKP Abdul Aziz bin Mohamad, Pengarah Penjara Sungai Udang, YBhg. Datuk Nor Afifi bin Sulong, Pengarah Institusi seluruh penjara negeri Melaka, PERSIAP IKOM serta kakitangan dan keluarga Penjara Sungai Udang, Melaka. Pada majlis tersebut juga diadakan majlis Khatam Al-Quran seramai 23 orang, sumbangan kepada penerima Asnaf (golongan fakir miskin) seramai 49 orang dan sumbangan kapada petugas khas seramai 14 orang. Selepas sahaja selesai majlis tersebut, jemputan dan hadirin menghadiri jamuan berbuka puasa, solat magrib dan isyak berjemaah, solat terawih serta jamuan morei.
""