Pada 02 Julai 2017 ( Ahad ) telah diadakan Program Jalinan Kasih Raya Aidilfitri bagi tahanan POTA bertempat di hadapan pejabat rekod orang tahanan. Seramai 14 orang tahanan POTA terlibat. Program ini mendapat sambutan baik daripada keluarga yang hadir . Program jalinan kasih ini buat kali pertama di adakan bagi tahanan POTA. Majlis disempurnakan oleh KP Haji Abd Wahab Bin Kassim Pengarah Penjara Negeri Johor . Turut hadir TKP Ramli Bin Osman Pengarah Penjara Simpang Renggam , PKP Azman Bin Mohd Ali Timbalan Pengarah dan Pegawai ? pegawai pemulihan institusi. Majlis berakhir jam 1.00 tengahari.
""