Pada 27 Jun 2017 (Selasa) bersamaan 3 Syawal 1438H, Program Jalinan Kasih Peringkat Penghuni Penjara Kajang telah diadakan melibatkan 40 orang penghuni dan 200 orang keluarga penghuni. Program ini telah diadakan di Dataran Penjara Kajang bermula dengan pendaftaran bermula jam 7.30 pagi. Majlis turut dihadiri oleh PP Zakaria bin Mat Jusoh, Ketua Bahagian Pemulihan Penjara Kajang bersama-sama pegawai kanan dan jawatankuasa yang terlibat. Objektif program bertujuan memberi peluang kepada penghuni untuk merasai suasana sambutan Hari Raya Aidilfitri disamping mengeratkan hubungan kekeluargaan. Program ini juga turut mendapat liputan daripada pihak Radio Televisyen Malaysia (RTM).
""