25 Jun 2017 (Ahad) - Sempena 1 Syawal 1438H, Unit Pemulihan Penjara Pusat Kota Kinabalu telah mengadakan Solat Sunat Aidilfitri bersama dengan penghuni yang beragama Islam bertempat di Surau Penghuni Penjara Pusat Kota Kinabalu. Imam dan Khatib Solat sunat ini dipimpin oleh Inspektor Baharumshah bin Saat. Program dimulakan seawal jam 08.00 pagi dengan laungan takbir raya, solat sunat Aidilfitri dan bacaan khutbah. Program ini turut dihadiri oleh PKK Rosman Bin Norman, Pengarah Penjara Pusat Kota Kinabalu bersama pegawai pemulihan serta anggota penjara yang bertugas pada hari tersebut. Solat Sunat Aidilfitri ini melibatkan seramai 100 penghuni. Selesai Solat Sunat Aidilfitri semua anggota penjara dan penghuni telah dijamu dengan jamuan ringan.
""