Bersempena dengan bulan Ramadan, pada 22 Jun 2017 Majlis Iftar Jamai?e Penjara Negeri Melaka telah diadakan di Dewan Parameswara Sekolah Henry Gurney Telok Mas, Melaka. Majlis dimulakan dengan persembahan nasyid oleh penghuni dan diteruskan dengan majlis berbuka puasa, solat maghrib, solat isyak dan solat terawih di samping memupuk semangat ukhwah kakitangan Penjara Negeri Melaka. Majlis telah disempurnakan oleh KP Haji Nordin Bin Haji Muhamad, Pengarah Pengurusan Banduan yang turut disertai oleh Ketua-ketua institusi Penjara Melaka bersama-sama 200 kakitangan dan 50 penghuni.
""