| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta Laman Aduan & Maklum Balas Hubungi Kami Soalan Lazim

Program 1 Jam Bersama Al-Quran ( Malaysia Quran Hour ) Penghuni Penjara Bentong 2017

Pada 19 Jun 2017 (Isnin) bersamaan 24 Ramadan 1438H, Program 1 Jam Bersama Al-Quran ( Malaysia Quran Hour ) Peringkat Penghuni Penjara Bentong, Pahang telah berlangsung di Surau Al-Muhajirin serta dijalankan serentak di semua blok-blok penempatan yang melibatkan seramai kira-kira  500 penghuni . Program bermula selama 1 jam bermula pada jam 1215 tengahari hingga 1315 petang Program diakhiri dengan tahlil, bacaan doa dan solat zohor. Objektif program ini adalah bertujuan mendidik penghuni untuk mendekati, berinteraksi dengan Al-Quran dan membudayakan membaca Al-Quran dalam kehidupan seharian disamping mengimarahkan lagi sambutan bulan Ramadan pada tahun ini. Turut serta dalam program ini ialah YH TKP Dato? Ab Basir bin Mohamad ( Pengarah Penjara Negeri Pahang, YH TKP Dato? Muhammad Zuki bin Muhammad Zain ( Pengarah Penjara Bentong ) serta kakitangan dari pelbagai pangkat.


""