Pada 04hb Julai 2017, Pusat Pemulihan Pemasyarakatan Kem Syed Sirajuddin Gemas, Negeri Sembilan telah menerima lawatan kerja YBhg Leftenan Jenaral (bersara) Dato? William Steveson Timbalan Pengarah Kanan NBOS, YBhg Doktor Ong Gua Pak Felo Penyelidikan Kanan (Alam sekitar dan perbandaran) dan YBhg Doktor Khalid bin Abdul Hamid Felo Penyelidikan Kanan (Ekonomi & kewangan antarabangsa) serta 13 pegawai dari Unit Strategi Nasional (NSU) dan 5 pegawai Institut Tadbiran Awam Negara (INTAN). Majlis dimulakan dengan taklimat PPP oleh Penguasa Penjara Wan Rosli Bin Dollah Pegawai Yang Menjaga Pusat Pemulihan Pemasyarakatan Kem Syed Sirajuddin,Gemas Negeri Sembilan serta lawatan ke tapak Agrikultur dan Aquakultur seperti tapak penternakan ikan keli dan ladang Nanas.
""