Pada 6 Jun 2017 bersamaan 11 Ramadhan 1438H telah diadakan Majlis Iftar Ramadhan dihadiri PKP Muhammad Nazri Bin Nasrudin Pengarah Penjara Seremban dan Tuan Haji Wan Rasdi Bin Wan Ismail Pengarah Syarikat Air Negeri Sembilan Sdn. Bhd. (SAINS) bersama penghuni yang telah diadakan di Dataran Insaf, Penjara Seremban. Aturcara dimulai pada sebelah pagi telah diadakan program memasak bubur lambuk melibatkan kakitangan Penjara Seremban dan (9) orang kakitangan SAINS. Pada sebelah petang, Ceramah Agama yang disampaikan oleh Sohibul Fadhilah Haji Nor Azamir Bin Haji Alias, Timbalan Mufti Negeri Sembilan, Jabatan Mufti Negeri Sembilan. Seterusnya Majlis Berbuka Puasa dan solat fardhu Maghrib berjemaah bersama penghuni di Surau Al Ikhlas.
""