Pada 8 Jun 2017 bersamaan 13 Ramadhan 1438H telah diadakan Majlis Iftar Ramadhan bersama Bank Rakyat yang dihadiri PKP Muhammad Nazri Bin Nasrudin Pengarah Penjara Seremban dan Tuan Haji Mazlan Bin Mohamed Pengurus Bank Rakyat Cawangan Seremban bersama penghuni yang telah diadakan di Dataran Insaf, Penjara Seremban. Aturcara dimulai dengan penyampaian tazkirah oleh Al Fadhil Ustaz Mohd Fairuz Bin Ismail, Unit Agama Penjara Seremban. Seterusnya Majlis Berbuka Puasa dan solat fardhu Maghrib berjemaah bersama penghuni di Surau Al Ikhlas.
""