Pada 6 Julai 2017, Pusat Koreksional Bintulu telah mengadakan Program Jalinan Kasih Gawai Raya Peringkat Penghuni Pusat Koreksional Bintulu bertempat di Unit Jumpa Pusat Koreksional Bintulu. Program ini telah melibatkan seramai 8 orang Pegawai Kanan, 23 orang anggota yang membuat kawalan perjumpaan, 18 orang banduan, 5 orang tahanan, dan 101 orang pelawat. Program telah dimulakan dengan ucapan alu-aluan oleh Pengarah Pusat Koreksional Bintulu, PKP Rahmat Bin Abdul Rani, disusuli dengan ucapan wakil daripada penghuni, jamuan makan dan akhir sekali sesi beramah mesra di antara penghuni dan keluarga masing-masing. Program ini telah dimulakan pada jam 9.30 pagi dan berakhir pada jam 10.45 pagi.
""