| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta Laman Aduan & Maklum Balas Hubungi Kami Soalan Lazim

Jalinan Kasih Sempena Sambutan Hari Raya Aidilfitri Peringkat Penjara Taiping Tahun 2017

Pada 6 Julai 2017 (Khamis), bertempat di  ruang lega UKP Penjara Taiping telah diadakan Program Jalinan Kasih Sempena Sambutan Hari Raya Aidilfitri. Aturcara program dimulakan dengan ucapan aluan oleh PKK Charin Promwichit. Program ini diadakan bertujuan untuk memberi peluang kepada penghuni yang terpilih merayakan perayaan Aidilfitri bersama ahli keluarga mengikut syarat yang ditetapkan oleh Jabatan. Terdahulu di luar Penjara, semua keluarga yang terlibat telah diberikan taklimat ringkas berkaitan peraturan-peraturan.Penjara serta keselamatan yang perlu dipatuhi semasa perjumpaan. Seramai 10 orang penghuni dan ahli keluarga telah terpilih menjayakan program ini. PKK Charin Promwichit serta kakitangan turut bersama-sama mengambil gambar kenangan dengan ahli keluarga yang hadir, dan beramah mesra bersama keluarga penghuni.


""