| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta Laman Aduan & Maklum Balas Hubungi Kami Soalan Lazim

Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri Peringkat Penjara Negeri Melaka 2017

Bertempat di perkarangan Dewan Serbaguna, Penjara Sungai Udang, Melaka pada 05.07.2017 (Rabu) telah diadakan Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri Peringkat Penjara Negeri Melaka Bagi Tahun 2017. Majlis sambutan telah dirasmikan oleh Yang Dihormati TKP Abdul Aziz bin Mohamad, Pengarah Penjara Negeri Melaka. Turut hadir adalah Y.Bhg. Datuk Nor Afifi bin Sulong, Pengarah Penjara Sungai Udang, Melaka, Pengarah-pengarah Institusi Penjara Negeri Melaka, wakil institusi serta keluarga dari seluruh institusi Penjara Negeri Melaka yang dianggarkan lebih dari seribu orang hadir memeriahkan majlis. Hadirin telah dihiburkan oleh persembahan band dari S.H.G Telok Mas. Turut diadakan cabutan nombor bertuah, pertandingan gerai tercantik, sumbangan duit raya kepada anak-anak kakitangan, pertandingan pakaian tercantik  kanak-kanak dan dewasa, dan juga kehadiran badut. Majlis sambutan tersebut telah diakhiri dengan persembahan percikan bunga api.


""