Pada 14hb Julai 2017 bersamaan 20 Syawal 1438H (Jumaat), bertempat di Perkarangan Pintu Utama, Penjara Pusat Kota Kinabalu Unit Pemulihan Dan Rawatan dengan kerjasama Unit Kebajikan Penjara, Unit Psikologi dan Pejabat Rekod Penjara Pusat Kota Kinabalu telah mengadakan Program Jalinan Kasih Sempena Sambutan Hari Raya Aidilfitri Peringkat Penghuni Penjara Pusat Kota Kinabalu. Majlis telah disempurnakan oleh PKK Rosman Bin Norman, Pengarah Penjara Pusat Kota Kinabalu bersama PP Kalbin Hj. Mohd Said, Timbalan Pengarah Penjara Pusat Kota Kinabalu dan turut dihadiri Pegawai-Pegawai Kanan, Guru-guru SIKK dan kakitangan. Seramai 20 orang penghuni yang layak telah dipilih untuk mengikuti program ini yang turut dihadiri oleh 86 orang ahli keluarga terdiri daripada ibu, bapa dan anak-anak penghuni. Program ini bertujuan untuk memberi peluang kepada penghuni mengeratkan dan menjalinkan hubungan kekeluargaan, menyedarkan penghuni serta motivasi diri untuk menjadi seorang insan yang berguna setelah dibebaskan kelak.
""