13 JULAI 2017 - Majlis Penyerahan Bendera kepada Kontinjen Pentanque Penjara Negeri Melaka Sempena Kejohanan Pentanque Jabatan Penjara Malaysia telah dilaksanakan di Muzium Penjara Malaysia Melaka yang telah disempurnakan oleh TKP Abdul Aziz bin Mohamad, Pengarah Penjara Negeri Melaka. Muzium Penjara Malaysia Melaka telah dipertanggungjawabkan untuk menyelaras Kontinjen Pentanque Penjara Negeri Melaka dibawah PP Mohd Rothman bin Bujang, Pengarah Muzium Penjara Malaysia.
Kontinjen Penjara Negeri Melaka diwakili 25 atlet dan 5 pegawai menyertai kejohanan ini yang berlangsung pada 14 hingga 16 Julai 2017 di Batu Pahat, Johor dimana Kontijen Penjara Negeri Melaka mengambil bahagian dalam semua acara sukan yang dipertandingkan. Sementara itu, TKP Abdul Aziz bin Mohamad dalam ucapannya berkata, beliau mengharapkan semua atlet yang menyertai kejohanan ini akan berjuang dengan bersungguh-sungguh dalam mengharumkan nama dan imej Penjara Negeri Melaka.
"" Kontinjen Penjara Negeri Melaka diwakili 25 atlet dan 5 pegawai menyertai kejohanan ini yang berlangsung pada 14 hingga 16 Julai 2017 di Batu Pahat, Johor dimana Kontijen Penjara Negeri Melaka mengambil bahagian dalam semua acara sukan yang dipertandingkan. Sementara itu, TKP Abdul Aziz bin Mohamad dalam ucapannya berkata, beliau mengharapkan semua atlet yang menyertai kejohanan ini akan berjuang dengan bersungguh-sungguh dalam mengharumkan nama dan imej Penjara Negeri Melaka.