Pada 12 Julai 2017 (Rabu) satu program lawatan antarabangsa belia 32 buah negara oleh ?World Assembly of Youth? (WAY) telah diadakan di Sekolah Henry Gurney Telok Mas, Melaka. Lawatan telah diketuai oleh Mr. Patrick Schiarraatta yang merupakan seorang delegasi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (United Nations) dengan jawatan sebagai ?Special Advisor for the Permanent Mission of Suriname?, yang juga merupakan seorang Jurulatih Pakar dalam bidang Keusahawanan dan Pembangunan Global.
Lawatan ini merupakan sebuah lawatan berfokus bersempena ?The Melaka International Youth Dialogue 2017? yang telah dipengerusikan oleh YAB. Datuk Seri Utama Ir. Hj. Idris bin Hj. Haron, Ketua Menteri Melaka dengan tema dialog bagi kali ini, ?Our Roles in Solving Juvenile Delinquency?. Peserta program telah disambut dengan persembahan pencak silat, tarian selamat datang dan diiringi paluan kompang oleh penghuni di sini. Seterusnya para peserta dibawa ke Dewan Seroja untuk sesi taklimat yang disampaikan oleh Cikgu Ganasen a/l K.Tavarajan dan En. Salleh Bin Mohd Nor, Pegawai Kaunselor. Pada sesi ini juga, salah seorang penghuni telah diberi peluang untuk berkongsi tentang pengalaman silam, pengalaman terbaiknya sepanjang berada di sini dan harapan serta cita-citanya apabila dibebaskan kelak kepada semua peserta.
"" Lawatan ini merupakan sebuah lawatan berfokus bersempena ?The Melaka International Youth Dialogue 2017? yang telah dipengerusikan oleh YAB. Datuk Seri Utama Ir. Hj. Idris bin Hj. Haron, Ketua Menteri Melaka dengan tema dialog bagi kali ini, ?Our Roles in Solving Juvenile Delinquency?. Peserta program telah disambut dengan persembahan pencak silat, tarian selamat datang dan diiringi paluan kompang oleh penghuni di sini. Seterusnya para peserta dibawa ke Dewan Seroja untuk sesi taklimat yang disampaikan oleh Cikgu Ganasen a/l K.Tavarajan dan En. Salleh Bin Mohd Nor, Pegawai Kaunselor. Pada sesi ini juga, salah seorang penghuni telah diberi peluang untuk berkongsi tentang pengalaman silam, pengalaman terbaiknya sepanjang berada di sini dan harapan serta cita-citanya apabila dibebaskan kelak kepada semua peserta.