Pada 14 Julai 2017, Pusat Koreksional Bintulu telah mengadakan Majlis Sambutan Gawai Raya Peringkat Pusat Koreksional Bintulu Tahun 2017. Majlis ini telah diadakan di perkarangan parkir Kuarters Bunga Raya Pusat Koreksional Bintulu. Majlis ini telah dihadiri seramai 150 orang termasuklah Pegawai Kanan, anggota pelbagai pangkat, kakitangan awam, dan ahli keluarga kakitangan. Aturcara majlis dimulakan dengan persembahan Ngajat dan Silat bagi menyambut ketibaan Pengarah, diikuti ucapan alu-aluan dan sekaligus perasmian majlis oleh Pengarah Pusat Koreksional Bintulu, PKP Rahmat Bin Abdul Rani. Selain itu majlis turut dimeriahkan dengan Pertandingan Pakaian Beragam Kanak-Kanak, persembahan nyanyian, penyampaian duit raya kanak-kanak, dan cabutan bertuah. Majlis ini telah dimulakan pada jam 7.30 malam dan berakhir pada jam 11.00 malam.
""