14 Julai 2017 (Jumaat), Penjara Wanita Kota Kinabalu telah mengadakan Program Hari Bertemu Pelanggan sempena Hari Raya Aidilfitri 2017. Majlis yang penuh meriah ini dihadiri seramai 500 jemputan yang mewakili pelbagai jabatan dan agensi luar di seluruh kawasan Kota Kinabalu. Majlis ini merupakan majlis tahunan yang menjadi satu medium penting dalam membina serta mengekalkan hubungan baik Penjara Wanita Kota Kinabalu dengan jabatan serta agensi luar. Majlis yang berkonsepkan flora dan fauna iaitu 3 buah gerai yang menyediakan makanan telah bertanding dan mewakili kumpulan masing-masing iaitu gerai Puteri Saadong, Puteri Huminodun dan Puteri Santubong. Program yang berlangsung dari jam 11 pagi sehingga 3 petang ini diakhiri dengan ucapan penutupan daripada TPP Fauziah Husain, selaku Timbalan Pengarah Penjara Wanita Kota Kinabalu, Sabah.
""