Pada 18 Julai 2017(Selasa) bersamaan 24 Syawal 1438H Unit Pemulihan dan Rawatan (PPI) Penjara Reman Pulau Pinang telah mengadakan Program Jalinan Kasih Sempena Sambutan Hari Raya Aidilfitri Peringkat Penghuni bertempat di Kantin Pegawai, Penjara Reman Pulau Pinang. Majlis telah disempurnakan oleh PP Mohd Suhairi Bin Awang, Timbalan Pengarah Penjara Reman Pulau Pinang diiringi TPP Mohd Nizam Bin Hj Nazri, Timbalan Penguasa Penjara. Seramai (11) orang penghuni yang layak telah dipilih untuk mengikuti program ini yang turut dihadiri oleh ahli keluarga terdiri daripada ibu, bapa dan anak-anak penghuni. Program ini bertujuan untuk memberi peluang kepada penghuni mengeratkan dan menjalinkan hubungan kekeluargaan, menyedarkan penghuni serta motivasi diri untuk menjadi seorang insan yang berguna setelah dibebaskan kelak.
""