| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta Laman Aduan & Maklum Balas Hubungi Kami Soalan Lazim

Sidang Media Komisioner Jeneral Penjara Bersama Agensi Media Berbahasa Tamil

Pada 20 Julai 2017 (Khamis), sidang media Komisioner Jeneral Penjara bersama agensi media berbahasa Tamil telah diadakan bertempat di Bilik Mesyuarat Persidangan, Ibu Pejabat Penjara Malaysia.  Tujuan utama sidang media ini adalah untuk memberi penjelasan dan gambaran yang tepat kepada masyarakat tentang tanggungjawab yang dilaksanakan oleh Jabatan Penjara terutamanya dalam melatih dan memulihkan semua penghuni penjara melalui peranan media.  

Selain itu, pihak media dapat membantu memaklumkan kepada masyarakat tentang perbuatan jenayah yang hanya merugikan, mewar-warkan penyertaan masyarakat dalam program pemulihan dan berkongsi kejayaan pelbagai program pemulihan bersama media agar dapat meningkatkan kepercayaan masyarakat terhadap fungsi Jabatan Penjara dalam membentuk dan memulihkan modal insan.

Media yang hadir ialah radio Minnalfm, akhbar Tamil Nesan, Makkal Osai Daily, BERNAMA (newswires), BERNAMA TV dan wakil daripada Bahagian Komunikasi Korporat, Kementerian Dalam Negeri melibatkan seramai 13 orang wartawan dan jurugambar.

Turut hadir ialah TKP Ibrisam Abdul Rahman, Pengarah Parol dan Perkhidmatan Komuniti, TKP Supri Hashim, Timbalan Pengarah Dasar Kepenjaraan (Dasar), YBhg. TKP Dato? Sakeri Haji Dollah, Timbalan Pengarah Pengurusan Banduan (Vokasional dan Industri), TKP Kausalya Devi a/p Sathoo, Timbalan Pengarah Pengurusan Banduan (Pemulihan dan Pendidikan) dan TKP Anathurai a/l Kalimuthu, Timbalan Pengarah Keselamatan dan Inteligen (Inteligen).

Bagi memberi gambaran yang jelas, pihak media telah di bawa melawat ke Penjara Kajang (Rawatan dan Pemulihan Dadah) dan Penjara Wanita Kajang setelah selesai sidang media.


""