Pada 19 Julai 2017, Seksyen Pemulihan Dan Rawatan Penjara Pusat Sri Aman telah menganjurkan Program Jalinan Kasih Gawai Raya peringkat Penghuni Penjara yang diadakan di Perkarangan Pejabat melibatkan (9) orang penghuni yang dipilih dan (36) orang ahli keluarga penghuni yang dipilih. Program ini telah disempurnakan oleh TPP Roy Anak Martin, Timbalan Pengarah Penjara yang turut dihadiri semua pegawai pemulihan. Program seumpama ini diadakan setiap tahun bagi mendekatkan hubungan penghuni dengan keluarga disamping memberi peluang kepada penghuni merasai suasana perayaan bersama keluarga. Penghuni juga diberi peluang untuk bergambar dengan ahli keluarga untuk kenang-kenangan dan program ini berakhir jam 1115 pagi dengan jayanya.
""