21 Julai 2017 (Jumaat) - Sekolah Henry Gurney (SHG) Telok Mas Melaka telah mengadakan Majlis Semulia Syawal Seindah Lebaran sempena Hari Raya Aidilfitri 2017 peringkat kakitangan bertempat di Dataran SHG Telok Mas. Majlis bermula jam 8.00 malam dan berakhir jam 10.30 malam melibatkan semua kakitangan dan keluarga. Kehadiran TKP Abdul Aziz Bin Mohamad Pengarah Penjara Negeri Melaka dan Pengarah-Pengarah Institusi termasuk AJK tertinggi Persatuan Bekas Pegawai Penjara Malaysia (EXPOAM) Cawangan Negeri Melaka menyerikan lagi majlis yang diadakan. Aturcara yang diadakan pada majlis tersebut ialah pertandingan gerai tercantik, persembahan nyanyian kakitangan serta artis jemputan, penyampaian duit raya kepada anak-anak kakitangan dan cabutan Bonanza. Hadiah gerai tercantik dan cabutan Bonanza telah disampaikan oleh TKP Abdul Aziz Bin Mohamad dan PP Hairol Hisham Bin Mohd Harith, Timbalan Pengarah SHG Telok Mas.
""