Pada 19 Julai 2017, Pusat Koreksional Puncak Alam telah mengadakan Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri 2017 berserta pelancaran Program Komuniti Sihat Perkasa Negara (KOSPEN Plus) peringkat Institusi. Majlis diserikan dengan kehadiran PKP Zulia Binti Khamis @ Ahmad Kamil, Pengarah Pusat Koreksional Puncak Alam dan seramai 100 orang warga kerja PKPA dan keluarga. Selain jamuan aidilfitri, majlis juga turut meraikan pemenang Pertandingan ?The Biggest Looser PKPA? dan cabutan bertuah serta sumbangan duit raya kepada anak-anak warga PKPA.
""