18 Julai 2017 (Selasa), bersamaan 24 Syawal 1438H, telah diadakan dengan jayanya Program Jalinan Kasih Sempena Hari Raya Aidilfitri Peringkat Penghuni Penjara Dusun Dato? Murad. Program tersebut telah di sempurnakan oleh PKP Zamzuri Bin Ghani selaku Pengarah Penjara DDM dan turut dihadiri oleh wakil pihak media. Seramai 7 orang penghuni telah terpilih untuk meraikan sambutan Aidilfitri bersama keluarga pada tahun ini. Aturcara majlis dimulakan dengan penyerahan penghuni kepada keluarga, ucapan oleh Pengarah DDM, ucapan oleh wakil penghuni dan keluarga, bacaan doa dan ayat Al-Quran oleh wakil penghuni, penyerahan hadiah oleh penghuni kepada keluarga serta acara memotong dan menyuap kek. Majlis diakhiri dengan sesi bergambar penghuni dan keluarga bersama pihak pengurusan Penjara Dusun dato? Murad Melaka.
""