18 Julai 2017 (Selasa) : Penjara Dusun Dato? Murad telah mengadakan Majlis Sambutan Aidilfitri 2017 melibatkan semua kakitangan dan juga keluarga. Majlis diserikan lagi dengan kehadiran TKP Abdul Aziz Bin Mohamad selaku Pengarah Penjara Negeri Melaka dan jemputan-jemputan dari Institusi Penjara Negeri Melaka. Aturcara majlis dimulakan dengan ucapan oleh PKP Zamzuri Bin Ghani selaku Pengarah Penjara DDM, simbolik perasmian majlis dengan memasang bunga api, lawatan ke setiap gerai oleh juri pertandingan dan jamuan makan. Majlis diselang-seli dengan acara cabutan nombor bertuah dan nyanyian lagu raya. Majlis berakhir dengan penyampaian hadiah bagi gerai tercantik dan penyampaian duit raya kepada kanak-kanak.
""