Pada 14 Julai 2017 bersamaan 20 Syawal 1438H, Penjara Taiping telah mengelolakan Majlis Jamuan Hari Raya Aidilfitri Peringkat Penjara Negeri Perak. Majlis ini di hadiri oleh TKP Tan Tian Heng, Pengarah Penjara Negeri Perak, Ketua-ketua Jabatan sekitar Taiping, Ketua-ketua Institusi Penjara Negeri Perak, EXPOAM Taiping dan Lembaga Hakim Pelawat Negeri Perak serta seluruh warga Penjara Taiping dan Keluarga. Aturcara majlis dimulakan dengan gimik persembahan bunga api, lawatan oleh TKP Tan Tian Heng ke gerai-gerai yang terlibat dan ucapan aluan daripada PKK Charin Promwichit, Pengarah Penjara Taiping. Majlis telah dihiburkan dengan persembahan daripada Band Taming Sari dan diteruskan dengan cabutan nombor bertuah. Tumpuan sambutan ini adalah bagi mengeratkan hubungan silaturrahim antara seluruh ahli keluarga Penjara Taiping. Program diakhiri dengan penyampaian Duit Raya kepada kanak-kanak.
""