25 Julai 2017, Penjara Wanita Kota Kinabalu ? Seramai 23 orang pegawai pelbagai pangkat beserta 1 orang anggota daripada Penjara Pusat Kota Kinabalu dengan jayanya melaksanakan Kursus dan Simulasi Tebusan, Rusuhan dan Mogok. Objektif program ini adalah memberikan pendedahkan kepada kakitangan Penjara Wanita Kota Kinabalu untuk mempersiapkan diri dalam menghadapi apa jua kecemasan yang mungkin berlaku di institusi. Perkara ini selari dengan Key Performent Indicator (KPI) bagi keselamatan penghuni yang berada dalam jagaan institusi. Kursus ini telah diakhiri dengan ucapan penutupan daripada TPP Fauziah binti Husain.
""