| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta Laman Aduan & Maklum Balas Hubungi Kami Soalan Lazim

Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri Peringkat Institusi, Kompleks Penjara Seberang Perai, Pulau Pinang Tahun 2017

Pada 25 Julai 2017 (Selasa), bersamaan 1 Zulkaedah 1438H bertempat di Dewan Sri Mutiara, Kompleks Penjara Seberang Perai, Pulau Pinang telah diadakan Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri Peringkat Institusi. Majlis pada kali ini turut diserikan dengan kehadiran TKP Roslan bin Hj. Mohamed, Pengarah Penjara Negeri Pulau Pinang, Pengarah-pengarah institusi, pesara penjara, Pegawai Parol dan Perkhidmatan Komuniti Seberang Perai Utara dan Selatan, Pegawai Kanan Institusi, anggota pelbagai pangkat, kakitangan awam, dan ahli keluarga kakitangan. Majlis dimulakan dengan ucapan aluan oleh PKK Husin bin Hj. Johari, Pengarah Kompleks Penjara Seberang Perai, Pulau Pinang . Aturcara majlis diteruskan dengan jamuan makan sambil dihiburkan oleh persembahan daripada band D' Mutiara, nyanyian daripada kakitangan dan penyanyi daripada pencarian bakat rancangan realiti TV yang diterbitkan oleh KRU Studios, dan tarian serta nyanyian daripada anak-anak Tabika Kemas Penjara. Selain itu majlis turut dimeriahkan dengan acara Cabutan Bertuah, Pertandingan Gerai Terbaik dan Penyampaian duit raya oleh Pn. Wan Paizah binti Pawan Chik, Pengerusi PERSIAP Kompleks Penjara Seberang Perai, Pulau Pinang kepada kanak-kanak. Majlis ini telah berlangsung dengan jayanya dan melabuhkan tirainya pada jam 10.30 malam.


""