| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta Laman Aduan & Maklum Balas Hubungi Kami Soalan Lazim

Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri Peringkat Orang Tahanan Pusat Pemulihan Akhlak Muar, Johor

Pada 23/07/2017 (Ahad) jam 09.30 pagi bertempat di Dewan Gemilang Pusat Pemulihan Akhlak Muar, Johor telah diadakan Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri Peringkat Orang Tahanan Pusat Pemulihan Akhlak Muar. Majlis telah disempurnakan oleh KP Hj. Abd Wahab bin Kassim, Pengarah Penjara Negeri Johor. Turut hadir Pengarah Pusat Pemulihan Akhlak Muar, PKP Mohd Shukri bin Harun, Pegawai-pegawai kanan dan jemputan Ahli Lembaga Hakim Pelawat. Majlis dimulakan dengan persembahan zapin oleh orang tahanan, pertandingan karaoke, persembahan boria, sketsa, persembahan dikir barat dan unplugged oleh orang tahanan. Majlis berjalan dengan lancar dan mendapat sambutan baik dikalangan kakitangan dan orang tahanan.


""