Pada 28 Julai 2017 - Majlis Pemakaian Pangkat Pegawai Penjara Gred KA 20 Secara Time-Based Berasaskan Kecemerlangan (TBBK) diadakan di Bilik Gerakan Muzium Penjara Malaysia Melaka. Seramai (4) empat anggota telah menerima pemakaian pangkat KA 20 yang turut dihadiri oleh Pegawai Kanan, kakitangan awam dan ahli keluarga anggota yang terlibat. Sebagai tanda penghargaan, isteri dan ibu telah diberi penghormatan bagi menyematkan pemakaian pangkat kepada penerima. Majlis tersebut telah disempurnakan oleh PP Mohd Rothman bin Bujang, Pengarah Muzium Penjara Malaysia Melaka.
""