Pada 26 Julai 2017 (Rabu) - Unit Pemulihan dan Rawatan Penjara Pusat Kota Kinabalu telah mengadakan Majlis Penyampaian Hadiah Pertandingan Bola Keranjang yang melibatkan seramai 176 orang penghuni yang mewakili 22 blok penempatan yang telah bermula pada 17hb Julai 2017 yang lalu. Majlis penyampaian hadiah dan penutupan telah disempurnakan oleh TPP Richard Robin, Timbalan Penguasa Penjara Pusat Kota Kinabalu dan disaksikan oleh pegawai-pegawai pemulihan. Johan pertandingan ini dirangkul oleh pasukan Damai B, Naib Johan Cemerlang A, tempat Ketiga Damai A dan tempat Keempat Ehsan A. Objektif program ini adalah untuk memupuk semangat kerjasama, membentuk disiplin, sikap dan amalan gaya hidup yang sihat di kalangan penghuni dalam proses pemulihan penghuni itu sendiri.
""