Pada 13 Julai 2017 Sekolah Henry Gurney Telok Mas Melaka telah mengadakan Jamuan Hari Raya Aidilfitri Sekolah Agama (JAIM) Henry Gurney 2017 di Dewan Seroja SHG Telok Mas Melaka. Majlis sambutan tahun ini diserikan dengan kehadiran PKP Abd Rahman Bin Taib, Pengarah SHG Telok Mas, Puan Laila Binti Baba, Ketua Penyelaras Pendidikan Daerah Melaka Tengah, Puan Zalina Binti Mehad, Nazir Daerah Melaka Tengah dan beberapa pegawai kanan yang bersama -sama meraikan pelajar- pelajar. Program ini bertujuan memberi suntikan semangat kepada jiwa pelajar dalam mengamalkan nilai kasih sayang dan kekeluargaan.
""