Pada 11 Julai 2017 (Selasa), bertempat di Dewan Serbaguna Penjara Puncak Borneo, Kuching telah berlangsung Program Jalinan Kasih Penghuni dan Keluarga sempena Perayaan Hari Raya Aidilfitri bagi tahun 2017. Program telah berlangsung pada jam 10.15 pagi melibatkan seramai 12 orang penghuni dan 109 orang ahli keluarga yang bertujuan mengeratkan silatulrrahim di antara penghuni dan keluarga. Program dimulakan dengan Ucapan dari Pengarah Penjara Puncak Borneo, Kuching PKP Hamdan Salleh Bin Majin. Seterusnya menyempurnakan majlis dengan membuat penyerahan penghuni kepada keluarga sebagai acara simbolik Program Jalinan Kasih. Semasa majlis berlangsung, para hadirin dihiburkan dengan persembahan daripada penghuni dan berakhir pada jam 12.00 tengahari.
""