Penjara Kajang telah mengadakan Program Sambutan Perayaaan Krismas Peringkat Penghuni Penjara Kajang 2016 pada 15 Disember 2016 bertempat di SIK seramai 100 orang penghuni muda, 29 Disember 2016 bertempat di Blok Banduan Ahkir seramai 50 orang banduan akhir, dan 30 Disember 2016 bertempat di Dewan AB seramai 300 orang penghuni. Program tersebut hasil kerjasama dari Persatuan Gereja Holy Family, Persatuan Malaysian Care dan Prison Fellowship Malaysia. Program ini telah disempurnakan oleh PKP Ranjit Singh A/L Gurdev Singh. Objektif program ini adalah untuk mengeratkan hubungan antara penghuni agar tidak merasa dipinggirkan serta menyemaikan rasa kasih sayang dan hormat menghormati sesama insan selaras dengan halatuju program pemulihan yang dilaksanakan terhadap penghuni.
""