Pada 3 Januari 2017 (Selasa) jam 07.15 pagi telah diadakan Perhimpunan Bulanan Peringkat Penjara Sungai Petani, Kedah bertempat di Dataran Penjara Sungai Petani. Majlis dimulakan dengan pemeriksaan perbarisan oleh Pengarah Penjara Sungai Petani, PKP Ong Chiang a/l Ong Boon Yeiu, diikuti dengan bacaan ikrar yang telah disempurnakan oleh Timbalan Penguasa Kamarul Efzan bin Johori. Susun atur majlis diteruskan dengan pemakaian pangkat kepada Penguasa Mohd Nizar bin Abdullah dan tiga orang Inspektor yang telah disahkan jawatan serta dua orang Kopral (TBBK). Pengarah juga telah membacakan perutusan sempena Tahun Baru 2017 oleh Yang Berbahagia Komisioner Jeneral Penjara. Majlis diakhiri dengan bacaan doa dan jamuan ringan.
""