Pada 29 Disember 2016, telah berlangsung Program Jalinan Kasih Penghuni bersempena sambutan Hari Krismas peringkat institusi bertempat di Dataran Mini Kenyalang, Penjara Pusat Miri. Program ini telah dihadiri dan dirasmikan oleh Pengarah Penjara Pusat Miri, PKP Mohd Yunos bin Mohd Salleh. Program ini telah disertai oleh seramai (6) orang penghuni dan lebih kurang (30) orang ahli keluarga penghuni yang terlibat. Program ini bermula dari jam 10.00 pagi dan berakhir pada jam 12.00 tengahari. Ianya diadakan bertujuan mengeratkan silaturrahim di kalangan penghuni dan ahli keluarga yang terpisah di samping memberikan suasana sambutan perayaan kepada mereka Secara keseluruhannya, program ini telah mendapat sambutan yang baik dan sokongan daripada ahli keluarga penghuni yang terlibat.
""