Pada 23 Disember 2016 (Jumaat), Penjara Bentong telah menyertai Majlis Perhimpunan dan Perarakan Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Daerah Bentong bagi Tahun 1438H/2016M. Seramai (45) orang kakitangan institusi ini telah terlibat dalam perarakan tersebut. Turut sama mengambil bahagian buat pertama kali ialah PERSIAP Penjara Bentong yang melibatkan seramai 20 orang ahli . Dalam perarakan tersebut institusi ini telah berjaya mendapat Johan dalam Pertandingan Perarakan dan Sepanduk dan merupakan kejayaan untuk kali ketiga berturut-turut.
""