| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta Laman Aduan & Maklum Balas Hubungi Kami Soalan Lazim

Majlis Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Penghuni Penjara Pusat Kota Kinabalu 2016

Majlis Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Penghuni Penjara Pusat Kota Kinabalu bertempat di Surau Penjara yang melibatkan 100 orang penghuni dan 10 orang pegawai telah diadakan pada 22 Disember 2016 (Khamis). Majlis turut diserikan dengan kehadiran Pengarah Penjara Pusat Kota Kinabalu, PKK Rosman Bin Norman. Pengisian program bermula dengan perarakan yang diketuai oleh Pengarah bersama-sama dengan pegawai dan penghuni Penjara Pusat Kota Kinabalu yang diiringi dengan selawat kepada Nabi Muhammad SAW dan paluan kompang. Majlis kemudiannya diteruskan dengan sesi tazkirah yang disampaikan oleh Ustaz Mohd Shalahudin Ismail dan persembahan nasyid penghuni seterusnya acara penyampaian hadiah kepada penghuni yang menyertai beberapa acara pertandingan yang diadakan bersempena Majlis Sambutan Maulidur Rasul. Antara objektif program ini diadakan adalah bertujuan untuk menyemai rasa cinta dan rindu kepada Rasulullah SAW sekali gus menjadikan baginda sebagai contoh tauladan dalam kehidupan.


""