| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta Laman Aduan & Maklum Balas Hubungi Kami Soalan Lazim

Lawatan Pemantauan Sektor Akademik IPPM ke SHG Telok Mas

Pada 5 Januari 2017 (Khamis), seramai tiga (3) Pegawai dari Ibu Pejabat Penjara Malaysia (IPPM) yang diketuai oleh En Azhan Bin Anuar, Ketua Sektor Pendidikan IPPM dibantu oleh En Sivanesan A/L Arumugam dan En Heilmann Bin Zulkifli telah menjalankan pemantauan awal persekolahan di SHG Telok Mas. Pemantauan ini bertujuan untuk memastikan persediaan awal persekolahan telah dilaksanakan oleh pengurusan sekolah bagi membolehkan aktiviti pengajaran dan pembelajaran serta program akademik dapat dijalankan dengan lebih berkesan. Antara pengisian lawatan adalah sesi taklimat, lawatan kelas dan perkongsian pintar diantara pegawai serta guru.


""