| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta Laman Aduan & Maklum Balas Hubungi Kami Soalan Lazim

Perhimpunan Bulanan Penjara Pengkalan Chepa, Kelantan

Pada 9 Januari 2017 (Isnin), telah diadakan Perhimpunan Bulanan Penjara Pengkalan Chepa, Kelantan bertempat di Dataran Blok Wanita yang telah dihadiri oleh 25 Pegawai Kanan, 141 pegawai lain-lain pangkat dan 21 pegawai awam. Majlis dimulakan dengan pemeriksaan perbarisan oleh Pengarah Penjara Pengkalan Chepa, PKK Kamarul Alam bin Taib , diikuti dengan bacaan ikrar yang telah diketuai oleh Timbalan Penguasa Penjara Muhammad Azrul bin Azizi. Susun atur majlis diteruskan dengan pemakaian pangkat kepada seorang Inspektor yang telah disahkan jawatan. PKK Kamarul Alam bin Taib juga turut membacakan perutusan sempena Tahun Baru 2017 oleh Yang Berbahagia Komisioner Jeneral Penjara.


""